Wednesday, August 02, 2006

BAB 1.4 : Tamadun Mesir Purba

(a) Dimanakah Lokasi Tamadun Mesir Purba.
  • Di tebing Sungai Nil Dari utara Mesir ke Laut Mediterranean.
  • Sungai Nil berpunca dari Sungai Nil Biru dari Ethiopia dan Sungai Nil Putih dari Uganda.
  • Tanah Sungai Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan.

(b) Bilakah Tamadun Mesir Purba Berlaku.
  • Bermula daripada Zaman Neolitik.
  • Kemudiaannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal.
  • Tamadun ini terbahagi empat zaman iaitu Zaman Awal, Pertengahan, Empayar dan Keruntuhan.
  • Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti Orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani, dan Rom.

(c) Proses Pembentukkan Tamadun Mesir Purba.
  • Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman gangsa.
  • Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan.
  • Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan petempatan.
  • Beberapa kampung kemudia membentuk bandar dan seterusnya daerah.
  • Akhirnya daerah-daerah dicantumkan dengan salah sebuah bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran tamadun Mesir.
(d) Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba.

Pusat Pentadbiran Firaun :
  • Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di Bandar Thinis.
  • Kemudian Berpindah ke Bandar Memphis, Thebes, Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
  • Di pusat bandar terdapat kediaman Firaun, Pusat pentadbiran, pelabuhan, dan keagamaan.

Organisasi Masyarakat :
  • Firaun (atas sekali) - Raja berkuasa mutlak, Dianggap Suci, Diwarisi turun-temurun. Antara gelaran Firaun - Tuhan Horus, Raja Matahari ( dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon-RE ). Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
  • Selepas Firaun - Bangsawan, Rahib, Tuan Tanah, Jurutulis.
  • Kemudian Rakyat Bebas - Petani, Pedagang, Artisan.
  • Hamba

Sistem Pemerintahan :
  • Diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, Menjaga keamanan, Mengagih dan mengurus hasil makanan.
  • Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat, dan Gabenor wilayah yang ditakluki.
  • Kemudian Rahib yang mentadbir hal keagamaan.
  • Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis ( orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan ).
  • Wanita pernah menjadi Firaun iaitu FIRAUN HATSHEPSUT yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
  • Pemerintahan Firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syiria.


Pengkhususan Kerja :
  • Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
  • Eksport Mesir - Seperti tekstil, kertas.
  • Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di perlabuhan seperti: Thebes, Memphis.

Konsep Politeisme Dalam Agama :
  • Tuhan orang mesir dikaitkan dengan alam seperti RE ( Tuhan matahari ), Ra-Atum (Tuhan Langit).
  • Mereka percaya hidup selepas Mati - Mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status Mayat.


Sistem Tulisan :
  • Tulisan mereka dikenali sebagai HIEGROGLIF.
  • Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
  • Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, Kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

(e) Apakah Sumbangan Tamadun Mesir Purba.

Seni Bina :
  • Seni bina Piramid ilham Imhotep ( saintis, ahli fizik, arkitek, perubatan, pengarang dan penasihat Firaun ).
  • Imhotep membina bangunan menggunakan Batu-Batu.

Kertas :
  • Mereka mencipta kertas daripada poko Papyrus.
  • Kertas digunakan untuk menyimpan Khazanah bangsa ( penulisan ) menggantikan kepingan batu.

Tulisan:
  • Tulisan Hiegrolif terpahat pada makam dan Batu.
  • Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

Pendidikan :
  • Untuk kanak-kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
  • Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
  • Tujuan Pendidikan melahirkan pegawai kerajaan Khasnya jurutulis terlatih.

Ilmu Perubatan :
  • Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat.
  • Mereka memumiakan mayat jeraba ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
  • Mereka mahir dalam bidang Fizik, Kimia dan perubatan.

Ilmu Matematik :
  • Ilmu Geometri, Matemarik dan Sains melahirkan pengurus Pertanian, bekalan air dari Sungai Nil, Bangunan dan Piramid.
  • Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir
  • Pengetahuan sains dan matematik berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan.
  • Ilmu matematik dan Astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalender 365 hari dan 12 bulan setahun.

Tuesday, August 01, 2006

BAB 1.3 : Tamadun Mesopotamia

(a) Dimanakah lokasi Tamadun Mesopotamia.
  • Tamadun paling awal
  • Mesopotamian dalam bahasa Greek bermakna TANAH DI ANTARA DUA SUNGAI.
  • Terletak di Sungai Tigris Dan Euphrates yang mengalir dari Pergunungan Turki ke Lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
  • Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, Dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk parsi di Selatan.

(b) Bilakah Tamadun Mesopotamia Berlaku.
  • Bermula daripada Zaman Neolitik.
  • Kemudian muncul Kerajaan SUMERIA, AKKAD, UR, BABYLON, KASSITES, ASSYRIA, CHALDEA dan PARSI.
  • Selepas Kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(c) Proses Pembentukkan Tamadun Mesopotamia.
  • Terbahagi Dua iaitu utara dan selatan bandar Baghdad
  • Tamadun Bermula di selatan Iaitu Sumer.
  • Ia Dimulakan oleh Masyarakat Neolitik.
  • Kemudian Orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, Bertani dan Membina Pengairan, Sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan penduduk.
  • Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang Sungai dan Terusan.

(d) Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia.

Negara Kota :
  • Mempunyai kawasan Utama - Iaitu pusat kota, Tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
  • kubu pertahanan - Lengkap dengan pelbagai pintu gerbang
  • Dalam Kota - Ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar
  • Pusat kota - Ialah rumah ibadat.
  • Setiap Kota - Mempunyai unit politik dab agama.
  • pengangkutan - Seperti kapal, pedati dan Keldai.
  • Hubungan Luar - melalu jalan laut, Bandar dan Negara Kota.
Organisasi Sosial :
  • Terbahagi Dua iaitu pemerintah dan rakyat.
  • pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
  • Rakyat Terbahagi dua iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan, pedagang dan Hamba(tawanan perang).
Sistem Pemerintahan :
  • Berbentuk TEOKRASI - raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota.
  • Walaubagaimanapun mereka tidak menyembah raja, kecuali RAJA NARAMSIN di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar "RAJA EMPAT PENJURU ALAM".
  • Raja menjadi ketua pentadbir, Ketua tentera, Ketua Pendeta.
  • Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat.
  • Zigurat ialah pusat ibadat, Perdagangan, Dan Menyimpan Khazanah Negara.
  • Raja turut berkuasa dalam soal tanah, cukai, Pertanian dan Perniagaan.
  • Raja Dibantu Oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga.
Pengkhususan Kerja :
  • Ia berlaku kerana wujudnya lebihan hasil pertanian.
  • Maka ada petani bertukar kerja menjadi peniaga, Pedagang.
  • Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus.
  • Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah.
  • Maka Logam, Kayu-kayan, Emas dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
  • Terdapat juga pengusaha Tekstil, Tembikar dan Tukang Rumah kesan Pertambahan Penduduk.
  • Ada Juga rakyat yang Menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada Musuh.
Sistem Tulisan :
  • Ia bermula dalam bentuk gambar.
  • Kemudian Berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas.
  • Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai CUNEIFORM.


(e) Apakah Sumbangan Tamadun Mesopotamia.

Kod Undang-Undang Hammurabi :
  • Ia digubal oleh Raja Hammurabi pemerintah Babylon.
  • Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
  • Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
  • Ia Dipahat pada Tembok dan Tiang Besar.
  • Ia menjadi dasar perundangan Tamadun Mesopotamia.
  • Undang-undang ini menggalakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan.
Hasil Tulisan :
  • Melahirkan jurutulis yang merekod urusan pentadbiran dan perniagaan - lengkap dengan Resit, Nota dan Surat Kredit.
  • Lahirnya Epik Gilgamesh - hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
Ilmu Pengetahuan :
  • Ilmu Astronomi - Pencerapan pergerakkan bulan, Bintang, Matahari telah memperkembangkan ilmu Matematik seperti Tambah, Tolak, Darab, Bahagi.
  • Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan Jalan Laut.
  • Kalander mereka berdasarkan sistem solar ( 12 Bulan Setahun ).
  • Ilmu Perubatan - mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba. Ramua perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatnya telah dicatatkan.
Pengangkutan :
  • Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia juga digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir.
  • Kapal layar dan Kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.
Seni Bina :
  • Mereka membuat batu-bata daripada tanah liat.
  • Mereka mencipta Arca seperti Patung Raja Gudea.
  • Arca dan Tiang Batu ada pada bangunan Zigurat.
Empayar Pertama Dunia :
  • Raja Sargon membina kerajaan Akkad ( Empayar pertama dunia ) yang menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria.
  • Beliau juga membentuk Masyarakat Berestetika.
Perpustakaan Diraja :
  • Dibina Oleh ASHURBANIPAL di Bandar NINEVEH.

BAB 1.2 : Tamadun Manusia

(a) Apakah Tamadun Manusia.
  • TAMADUN bererti PERADABAN.
  • Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya Mudun, Madaain dan Madana. Rumusannya bermaksud "Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar".
  • CIVILIZATION (dalam bahasa inggeris) daripada perkataan Greek iaitu Civitas bermaksud Bandar.
  • KOnsep Tamadun Barat ialah PEMBAGUNAN LAHIRIAH.
  • Konsep tamadun barat ialah PEMBAGUNAN LAHIRIAH (kebendaan) Seperti undang-undang dan pembandaran.
  • Orang barat menolak kemajuan Rohaniah.
  • KOnsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
  • Orang Barat Yang menyokong kemajuan Rohaniah ialah RICHARD SULLIVAN.

(b) Ciri-Ciri Tamadun.
  • Pembentukkan Tamadun - hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
  • Petempatan Kekal - Corak hidupnya sistematik, Bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan, mempunyai alat seperti Cangkul, Teknologi pengairan, dan Lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
  • Kehidupan Beroganisasi - merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan Makmur, Bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai
  • Sistem Sosial Berpiramid: Bangsawan diketuai oleh Raja. Pembesar seperti ahli agama,Ketua Keluarga/Kelompok, Pentadbir, Ilmuan, Pakar Seni. Rakyat Biasa seperti petani dan pedagang. Hamba dibawah sekali.
  • Sistem pemerintahan - Untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan Unsur Magis dan dianggap wakil Tuhan. Perundangan dicipta untuk Keamanan dan kemakmuran.
  • Pengkhususan Kerja - Berlaku kesan kestabilan Politik. Barangan terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku sistem Barter, Kemudian berlakulah perdagangan, Pertukaran ilmu pengetahuan dan teknologi, Budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
  • Agama dan Kepercayaan - Manusia bermula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan Matahari. Kemudian mereka beragama, Bermula dengan menyembah lebih daripada Satu Tuhan (POLITEISME).
  • Bahasa dan Tulisan - Bahasa terawal seperti Yunani dan Sanskrit. Tulisan terawal seperti HIEGROLIF, CUNEIFORM dan IDEOGRAM. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, Perhubungan, Pentadbiran, Keagamaan, idea dan pemikiran


(c) Bagaimanakah Proses Pembentukkan Tamadun Berlaku.
  • Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
  • Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
  • Contoh tamadun di lembah sungan ialah MESOPOTAMIA di SUNGAI TIGRIS dan EUPHRATES, MESIR PURBA di SUNGAI NIL, INDUS di SUNGAI INDUS dan HWANG HO di SG HWANG HO.

BAB 1.1 : Zaman Prasejarah

(a) Apakah Zaman Prasejarah.
  • Zaman ini manusia belum mengenali tulisan
  • Kajian Zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi
  • Empat Tahap zaman ini ialah ZAMAN PALEOLITIK, MESOLITIK, NEOLITIK dan LOGAM.
  • Zaman LOGAM terbahagi dua zaman iaitu Zaman GANSA dan BESI.

(b) Ciri-ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik.
  • Hidup secara NOMAD - Berpindah Randah.
  • Tempat Tinggal - Tepi tasik/sungai dan dalam gua.
  • Cara Hidup - Kelompok keluarga dan berkumpulan.
  • Menyara Hidup - Menangkap Ikan, Memburu Binatang, Memungut hasil hutan.
  • Alat-alat Batu - Lebih Kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni.

(c) Ciri-ciri Zaman Neolitik.
  • Hidup Menetap dalam kelompok besar dan bermasyarakat.
  • Menyara Hidup - Bercucuk tanam dan ternak binatang.
  • Alat-alat Batu - Lebih halus/licin dan Pelbagai Fungsi.
  • Mempunyai Bahan tembikar.
  • Mula mewujudkan pengkhususan Kerja.
  • Hasil artifak mereka lebih baik.
  • Pada Akhir Zaman ini - Mula melebur logam.
  • Sistem BARTER berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

(d) Ciri-Ciri Zaman Logam.
  • Zaman ini terbahagi Dua Zaman iaitu Zaman GANSA dan BESI.
  • Penggunaan besi menghasilkan Ciptaan perahu dan rumah.
  • Mereka Mula meneroka Lautan.
  • Mereka menjalankan perdagangan MARITIM [ANTARABANGSA]
  • Petempatan mula membesar menjadi Kota/bandar.
  • Mereka juga mula membina Kota Perlabuhan
  • Contoh Bandar - Catal Huyuk Di TURKI, Jericho di JORDAN.

WeLcOmE To Da BaTu BlOg

Assalamualaikum...

Welcome all To SejarahSPM.Blogspot.com ...Blog Ni Aku buat Xspecially 4 Bebudak yang nak ambik SPM bile2 mase la tak kira tempat dah mase..Kerana Ia Adalah Sistem Blog,Anda dikehendaki Membacanya dari bawah ke atas...Dari korang asyik main Myspace/Chatting/Tot tot/ape-ape aje la kan,baik korang rembat note yang aku dah buat ni..kalau ade ape2 masalah,boleh contact terus kat aku ok..aku akan buat note dari form 4 to form 5 slow2...Berikan komen kepada nota2 yang anda rase tak puas hati..Terima Kasih Kerana memberi sokongan anda...

Wsalam..