Tuesday, August 01, 2006

BAB 1.2 : Tamadun Manusia

(a) Apakah Tamadun Manusia.
  • TAMADUN bererti PERADABAN.
  • Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya Mudun, Madaain dan Madana. Rumusannya bermaksud "Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar".
  • CIVILIZATION (dalam bahasa inggeris) daripada perkataan Greek iaitu Civitas bermaksud Bandar.
  • KOnsep Tamadun Barat ialah PEMBAGUNAN LAHIRIAH.
  • Konsep tamadun barat ialah PEMBAGUNAN LAHIRIAH (kebendaan) Seperti undang-undang dan pembandaran.
  • Orang barat menolak kemajuan Rohaniah.
  • KOnsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
  • Orang Barat Yang menyokong kemajuan Rohaniah ialah RICHARD SULLIVAN.

(b) Ciri-Ciri Tamadun.
  • Pembentukkan Tamadun - hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
  • Petempatan Kekal - Corak hidupnya sistematik, Bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan, mempunyai alat seperti Cangkul, Teknologi pengairan, dan Lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
  • Kehidupan Beroganisasi - merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan Makmur, Bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai
  • Sistem Sosial Berpiramid: Bangsawan diketuai oleh Raja. Pembesar seperti ahli agama,Ketua Keluarga/Kelompok, Pentadbir, Ilmuan, Pakar Seni. Rakyat Biasa seperti petani dan pedagang. Hamba dibawah sekali.
  • Sistem pemerintahan - Untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan Unsur Magis dan dianggap wakil Tuhan. Perundangan dicipta untuk Keamanan dan kemakmuran.
  • Pengkhususan Kerja - Berlaku kesan kestabilan Politik. Barangan terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku sistem Barter, Kemudian berlakulah perdagangan, Pertukaran ilmu pengetahuan dan teknologi, Budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
  • Agama dan Kepercayaan - Manusia bermula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan Matahari. Kemudian mereka beragama, Bermula dengan menyembah lebih daripada Satu Tuhan (POLITEISME).
  • Bahasa dan Tulisan - Bahasa terawal seperti Yunani dan Sanskrit. Tulisan terawal seperti HIEGROLIF, CUNEIFORM dan IDEOGRAM. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, Perhubungan, Pentadbiran, Keagamaan, idea dan pemikiran


(c) Bagaimanakah Proses Pembentukkan Tamadun Berlaku.
  • Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
  • Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
  • Contoh tamadun di lembah sungan ialah MESOPOTAMIA di SUNGAI TIGRIS dan EUPHRATES, MESIR PURBA di SUNGAI NIL, INDUS di SUNGAI INDUS dan HWANG HO di SG HWANG HO.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home