Tuesday, August 01, 2006

BAB 1.3 : Tamadun Mesopotamia

(a) Dimanakah lokasi Tamadun Mesopotamia.
  • Tamadun paling awal
  • Mesopotamian dalam bahasa Greek bermakna TANAH DI ANTARA DUA SUNGAI.
  • Terletak di Sungai Tigris Dan Euphrates yang mengalir dari Pergunungan Turki ke Lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
  • Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, Dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk parsi di Selatan.

(b) Bilakah Tamadun Mesopotamia Berlaku.
  • Bermula daripada Zaman Neolitik.
  • Kemudian muncul Kerajaan SUMERIA, AKKAD, UR, BABYLON, KASSITES, ASSYRIA, CHALDEA dan PARSI.
  • Selepas Kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(c) Proses Pembentukkan Tamadun Mesopotamia.
  • Terbahagi Dua iaitu utara dan selatan bandar Baghdad
  • Tamadun Bermula di selatan Iaitu Sumer.
  • Ia Dimulakan oleh Masyarakat Neolitik.
  • Kemudian Orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, Bertani dan Membina Pengairan, Sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan penduduk.
  • Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang Sungai dan Terusan.

(d) Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia.

Negara Kota :
  • Mempunyai kawasan Utama - Iaitu pusat kota, Tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
  • kubu pertahanan - Lengkap dengan pelbagai pintu gerbang
  • Dalam Kota - Ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar
  • Pusat kota - Ialah rumah ibadat.
  • Setiap Kota - Mempunyai unit politik dab agama.
  • pengangkutan - Seperti kapal, pedati dan Keldai.
  • Hubungan Luar - melalu jalan laut, Bandar dan Negara Kota.
Organisasi Sosial :
  • Terbahagi Dua iaitu pemerintah dan rakyat.
  • pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
  • Rakyat Terbahagi dua iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan, pedagang dan Hamba(tawanan perang).
Sistem Pemerintahan :
  • Berbentuk TEOKRASI - raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota.
  • Walaubagaimanapun mereka tidak menyembah raja, kecuali RAJA NARAMSIN di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar "RAJA EMPAT PENJURU ALAM".
  • Raja menjadi ketua pentadbir, Ketua tentera, Ketua Pendeta.
  • Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat.
  • Zigurat ialah pusat ibadat, Perdagangan, Dan Menyimpan Khazanah Negara.
  • Raja turut berkuasa dalam soal tanah, cukai, Pertanian dan Perniagaan.
  • Raja Dibantu Oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga.
Pengkhususan Kerja :
  • Ia berlaku kerana wujudnya lebihan hasil pertanian.
  • Maka ada petani bertukar kerja menjadi peniaga, Pedagang.
  • Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus.
  • Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah.
  • Maka Logam, Kayu-kayan, Emas dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
  • Terdapat juga pengusaha Tekstil, Tembikar dan Tukang Rumah kesan Pertambahan Penduduk.
  • Ada Juga rakyat yang Menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada Musuh.
Sistem Tulisan :
  • Ia bermula dalam bentuk gambar.
  • Kemudian Berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas.
  • Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai CUNEIFORM.


(e) Apakah Sumbangan Tamadun Mesopotamia.

Kod Undang-Undang Hammurabi :
  • Ia digubal oleh Raja Hammurabi pemerintah Babylon.
  • Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
  • Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
  • Ia Dipahat pada Tembok dan Tiang Besar.
  • Ia menjadi dasar perundangan Tamadun Mesopotamia.
  • Undang-undang ini menggalakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan.
Hasil Tulisan :
  • Melahirkan jurutulis yang merekod urusan pentadbiran dan perniagaan - lengkap dengan Resit, Nota dan Surat Kredit.
  • Lahirnya Epik Gilgamesh - hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
Ilmu Pengetahuan :
  • Ilmu Astronomi - Pencerapan pergerakkan bulan, Bintang, Matahari telah memperkembangkan ilmu Matematik seperti Tambah, Tolak, Darab, Bahagi.
  • Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan Jalan Laut.
  • Kalander mereka berdasarkan sistem solar ( 12 Bulan Setahun ).
  • Ilmu Perubatan - mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba. Ramua perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatnya telah dicatatkan.
Pengangkutan :
  • Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia juga digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir.
  • Kapal layar dan Kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.
Seni Bina :
  • Mereka membuat batu-bata daripada tanah liat.
  • Mereka mencipta Arca seperti Patung Raja Gudea.
  • Arca dan Tiang Batu ada pada bangunan Zigurat.
Empayar Pertama Dunia :
  • Raja Sargon membina kerajaan Akkad ( Empayar pertama dunia ) yang menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria.
  • Beliau juga membentuk Masyarakat Berestetika.
Perpustakaan Diraja :
  • Dibina Oleh ASHURBANIPAL di Bandar NINEVEH.

3 Comments:

Blogger xunuo said...

huhu
thanx 4 da information here
really help me!!

2:06 AM  
Blogger shana said...

hehe thanx anyway..
ada jgk mde yg slme ni xtaw jd taw..

8:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

thankz

4 da

info about sejarah....

really help me...

do my final projek

4 cd-interactive

1:03 AM  

Post a Comment

<< Home