Wednesday, August 02, 2006

BAB 1.4 : Tamadun Mesir Purba

(a) Dimanakah Lokasi Tamadun Mesir Purba.
  • Di tebing Sungai Nil Dari utara Mesir ke Laut Mediterranean.
  • Sungai Nil berpunca dari Sungai Nil Biru dari Ethiopia dan Sungai Nil Putih dari Uganda.
  • Tanah Sungai Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan.

(b) Bilakah Tamadun Mesir Purba Berlaku.
  • Bermula daripada Zaman Neolitik.
  • Kemudiaannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal.
  • Tamadun ini terbahagi empat zaman iaitu Zaman Awal, Pertengahan, Empayar dan Keruntuhan.
  • Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti Orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani, dan Rom.

(c) Proses Pembentukkan Tamadun Mesir Purba.
  • Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman gangsa.
  • Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan.
  • Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan petempatan.
  • Beberapa kampung kemudia membentuk bandar dan seterusnya daerah.
  • Akhirnya daerah-daerah dicantumkan dengan salah sebuah bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran tamadun Mesir.
(d) Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba.

Pusat Pentadbiran Firaun :
  • Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di Bandar Thinis.
  • Kemudian Berpindah ke Bandar Memphis, Thebes, Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
  • Di pusat bandar terdapat kediaman Firaun, Pusat pentadbiran, pelabuhan, dan keagamaan.

Organisasi Masyarakat :
  • Firaun (atas sekali) - Raja berkuasa mutlak, Dianggap Suci, Diwarisi turun-temurun. Antara gelaran Firaun - Tuhan Horus, Raja Matahari ( dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon-RE ). Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
  • Selepas Firaun - Bangsawan, Rahib, Tuan Tanah, Jurutulis.
  • Kemudian Rakyat Bebas - Petani, Pedagang, Artisan.
  • Hamba

Sistem Pemerintahan :
  • Diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, Menjaga keamanan, Mengagih dan mengurus hasil makanan.
  • Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat, dan Gabenor wilayah yang ditakluki.
  • Kemudian Rahib yang mentadbir hal keagamaan.
  • Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis ( orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan ).
  • Wanita pernah menjadi Firaun iaitu FIRAUN HATSHEPSUT yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
  • Pemerintahan Firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syiria.


Pengkhususan Kerja :
  • Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
  • Eksport Mesir - Seperti tekstil, kertas.
  • Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di perlabuhan seperti: Thebes, Memphis.

Konsep Politeisme Dalam Agama :
  • Tuhan orang mesir dikaitkan dengan alam seperti RE ( Tuhan matahari ), Ra-Atum (Tuhan Langit).
  • Mereka percaya hidup selepas Mati - Mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status Mayat.


Sistem Tulisan :
  • Tulisan mereka dikenali sebagai HIEGROGLIF.
  • Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
  • Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, Kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

(e) Apakah Sumbangan Tamadun Mesir Purba.

Seni Bina :
  • Seni bina Piramid ilham Imhotep ( saintis, ahli fizik, arkitek, perubatan, pengarang dan penasihat Firaun ).
  • Imhotep membina bangunan menggunakan Batu-Batu.

Kertas :
  • Mereka mencipta kertas daripada poko Papyrus.
  • Kertas digunakan untuk menyimpan Khazanah bangsa ( penulisan ) menggantikan kepingan batu.

Tulisan:
  • Tulisan Hiegrolif terpahat pada makam dan Batu.
  • Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

Pendidikan :
  • Untuk kanak-kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
  • Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
  • Tujuan Pendidikan melahirkan pegawai kerajaan Khasnya jurutulis terlatih.

Ilmu Perubatan :
  • Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat.
  • Mereka memumiakan mayat jeraba ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
  • Mereka mahir dalam bidang Fizik, Kimia dan perubatan.

Ilmu Matematik :
  • Ilmu Geometri, Matemarik dan Sains melahirkan pengurus Pertanian, bekalan air dari Sungai Nil, Bangunan dan Piramid.
  • Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir
  • Pengetahuan sains dan matematik berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan.
  • Ilmu matematik dan Astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalender 365 hari dan 12 bulan setahun.